CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 25, 2009

Fun with bowling

Ini pulak aktiviti geng Palmy sini Sabtu dua minggu lepas...Having Fun with Bowling...sebanyak 6 Family yg terlibat (termasuk satu team Bujang)...Best jugak..

..Hubby ku yang 4 kali strike..and 2 kali spare

Actually this is my first time main bowling ni...so masuk longkang tak yah kiralah kan...Tak number kosong..9 pin je jatuh..tak penah strike pun..but we have family time there...

Susah jugak ekk main bowling ni ekk..

At last markah anak- anak lagi bnyk..sbb untuk kids, disediakan lane yg ber"devider"..and tolak menggunakan alat bantu..(yerlah kan..bola tu kan berat..)...Dalam team kami..kami sekeluarga and Bro Ziad sekeluarga..(sebanyak 7 org).Jiran bowling kami, Bro Din sekeluarga main di tepikami...sebab diorg ramai..7 org ( Din+Nina + 4 kids)..so untuk kids dlm team kami Batriesya, Najlaa dan Najmi..

Ni gambar diorg baru je tolak bola..and 2 kali straike jugak budak2 ni

Gambar kanak2 yg join bowling ni..

Gambar- gambar kaum ibu yg terlibat..(red jacket- Sis Ila, black jacket - Yati, and brown jacket Sis Nina..yg baju CCC tu Bro Ziad.

Lepas bowling tu ada netball game, tapi saya tak dpt join sbb dinner mlm Sabtu tu kami ada menjemput keluarga dari South Island -Dunedin(Bro Sabry and family) mkn bersama..Kenal dgn keluarga Abg Sabry ni ni masa kami ke South Island last year, kami tumpang tidur dirumah beliau..so balik bersilat di dapur pulak..Kiranya weekend ni memang pack..

gambar masa dinner di rumah mlm tu - abg sabry, in the middle between men and his wife in brown jacket

Ahad keesokkannye pulak..Pagi hubby and postgrads Palmy main bola..kami sekeluarga turun jugaklah..and petang mama's turn pulak main netball..and Abah main tennis, sebab teman mama..Najlaa and Najmi pun turun jugak lah...

Bila anak dara ku masuk dapur..

Ok..nak update cerita ni...simple mimple and little update..


Actually ni kisah lama..Najlaa ni memang suka nak membasuh pinggan..selalu je dihalang mamanya.bukan apa..Nanti mama tambah keje..baju basah..tapi hari ni ..mama pulak tak larat membasuh..and tak nak bg anak boring..at least leh jugak tolong didapur...then mama basuh yg besar2..and tinggalkan Najlaa yg kecik2 untuk dibasuh..Moga2 sifat ni berpanjangan hingga besar nanti..



he..he..Najlaa ada supervisor tau..Adik yg selalu nak buat apa yg Kaklongnya buat...Die ni mmg mcm gaya supervisor...kalau mama vacuum pun mcm tu..


Wajah2 ceria sbb seronok boleh cuci pinggan...

Wednesday, June 17, 2009

Little and simple update

Sian kat blog ni sbb lama tak ber"update"..memang nak update..tapi asyik tertangguh and time tak mengizinkan nak mengupdate..mm...nanti saya update cerita disini..wait aa

Rasanya dalam sehari 24 jam memang bnyk masa..but still kita rasa masa kita tak cukup..Kenapa??Mungkin sebab diri kita yang tak pandai membahagikan masa...atau ???

Ya Allah berikan hambamu ini kekuatan..Kau mudahkan dan berkatilah jalan kami Ya Allah...Amin

Saturday, June 13, 2009

Hikmah kembara

Hikmah Kembara-Mirwana

Di sini kau berdiri berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa
Berjalan bermusafirlah…
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia
Tiada beza warna kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah…

Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan…
Fikirkanlah…ke mana arah kita
Renungilah…ooo
Hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita kepadaNya…
Ini kembara kita
Berjalan dan bermusafirlah…
tuk melihat kebesaranNya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia…


Wednesday, June 10, 2009

Global Peace Index 2009


The Global Peace Index (GPI) is an attempt to measure the relative position of nations’ and regions’ peacefulness. It is maintained by the Institute for Economics and Peace and developed in consultation with an international panel of peace experts from peace institutes and think tanks with data collected and analysed by the Economist Intelligence Unit. The list was launched first in May 2007 and then in May 2008 and recently on 2 June 2009 and is claimed to be the first study to rank countries around the world according to their peacefulness.

Ranking 2009:
1 = New Zealand
2 = Denmark & Norway
7 = Japan
8 = Canada
19 = Australia
23 = Singapore
26 = Malaysia
35 = United Kingdom
...
143 = Afganistan
144 = Iraq

Further details, link to:
http://www.visionofhumanity.org/gpi/results/rankings.php
http://en.wikipedia.org/wiki/Global_Peace_Index


Monday, May 25, 2009

Ayam Pedas Serai Bersantan

Menu ayam pedas ni buat hari Isnin lepas..Bila dah blurr..nak masak menu ape untuk hari isnin ni..Alhamdulillah..jumpe resepi ni kat Dapur Ummi.. Ummi ambil resepi ni dari Dapur Kak B... Sorry Ummi..saya copy paste je ekk..Ayam ini memang betul2 sedap..Hubby pun kata sedap.

Bahan:-
1 ekor ayam - kerat ikut suka dan goreng setengah masak
1 - 2 keping asam keping
3 batang serai dititik
1 biji kelapa - diambil santannya
cili padi - optional
sedikit kacang tenah goreng/gajus - *ummi x letak ni..


Bahan Kisar:-
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering (ikut nak pedas)
sedikit belacan
3 cm kunyit hidup
3 cm halia


Cara Memasak:-
Tumis bahan mesin dan serai sehingga naik minyak. Masukkan ayam, santan, asam keping dan biarkan seketika. Kacau sesekali. Masukkan garam secukup rasa.. (*ummi tambah gula sikit) Bila sudah masak dan pekat sikit, taburkan kacang tanah sebagai hiasan.

(Note: Saya buat kuah banyak sikit untuk ayam ini..)

Friday, May 22, 2009

Hari roti

Cuaca hari ni memang agak sejuk...Nak masak nasi, tapi macam tak der menu..blurr..Pastu bila sejuk-sejuk macam ni..saya rasa macam malas nak makan nasi..tny hubby, dia ckp masak pizza je lah..So, hari ni ziarah dapur Noreen di UK nun...tengok resepi pizza...at last jumpe..
Alhamdulillah..Menu lunch kami sekeluarga untuk hari ini..Resepi Stuffed Crust Pizza.. (click here for recipe)Noreen ni tunjuk step by step how to do it..


Bila ziarah dapur Noreen resepi roti ni..mata tersangkut kat Chocolate Swirl Bun Noreen..memang menarik..Sesiapa yang nak tengok bagaimana cara membuat Swirl Bun..jemput ke Dapur Noreen.Bun Kami untuk dinner ala-ala swirl bun jugak sebab saya guna cara membuat swirl (sebab baru nak belajar)..but menggunakan resepi Ikan Bilis Bun Noreen..Saya buat Swirl Bun inti kaya and curry. So saya copy paste resepi bun ikan bilis yang saya gunakan untuk kali ini..

Ini resepi Ikan bilis Bun..saya ambil dari Dapur Noreen.Thanks kerana berkongsi resepi dan berkongsi bnyk tips tentang membuat roti.

400gm tepung roti
100gm tepung kek
90gm gula kastor
10gm tepung susu
1 camt bread improver
5gm garam
11gm instant yeast
1 biji telur
220gm air sejuk
70gm marjerin/butter/unsalted butter

sambal ikan bilis atau ikut selera masing2
sedikit olive oil untuk sapuan atas roti

cara:

  1. masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  2. biarkan sehingga siap dalam 1 1/2 jam
  3. keluarkan dan letakkan doh di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
  5. kemudian potongkan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola
  6. lakukan sehingga habis dan biarkan doh rehat selama 10 min
  7. kemudian ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di atas tangan
  8. isikan dengan inti sambal ikan bilis dan tutupkan semula menjadi bola
  9. lakukan sehingga habis dan letakkan doh tadi ke dalam baking tray
  10. pastikan setiap doh dijarakkan supaya ianya tidak akan bercantum apabila proses penaikan doh semula dan apabila semasa dibakar
  11. biarkan doh tadi naik sekali lagi selama 45 min
  12. pada yang tinggal di negara 4 musim letakkan baking tray yang berisi roti ke dalam oven. letakkan dua cawan air panas di dalam oven dan tutupkan pintu oven. tidak perlu di ON kan oven tadi
  13. setelah itu bakar pada suhu 190C selama 10-12 min atau sehingga masak dan keperangan
  14. apabila sudah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan olive oil supaya ianya sentiasa lembut
So next time, saya nak cuba betul2 buat chocolate swirl bun Noreen..ni baru belajar buat swirl.. Nak buat yang chocolate tu takut tak jadi..he..he..